Ahad, 9 November 2008

gunung kinabalu


GUNUNG KINABALU


Gunung kinabalu merupakan gunung yang tertinggi di Malaysia dan di Asia Tenggara.Ia terletak di negeri Sabah di Kundasang,Ranau.Pada masa dahulu,gunung kinabalu di kenali sebagai "Api-api" oleh suku kaum kadazandusun.Gunung Kinabalu mempunyai ketinggian 4905.2 meter dari aras laut dan ianyan memanjang dari Banjaran Crocker.Suhu gunung ini boleh mencecah ke 0 darjah celcius dan ianya terbentuk dari batu granite yang masih muda.Jarak Taman Kinabalu(National Park) dari Kota Kinabalu ialah kira-kira 90 kilometer.Kenderaan darat boleh dinaiki untuk pergi ke Taman Kinabalu tetapi yang paling popular di gunakan oleh pelancong ialah bas mini dan bas.




Gunung Kinabalu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit,hutan Dipterokarp Atas,Hutan Motane dan Hutan Ericaceous atau Hutan Gunung.Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk di Sabah.Sesetengah penduduk Sabah menganggap Gunung Kinabalu ini dapat memberikan semangat juang dan satu padu pada rakyat Sabah.Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita-cerita misteri.Menurut kepercayaan masyarakat Kadazan Sabah,Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.

Tiada ulasan: